Asal2nya aku ikut rombongan pengantin lelaki, Irwan (member suamiku) ke majlis Kenduri Perkahwinannya di Kg Sum Sum, tak tahu la pulak rumah si pengantin perempuan tu (Shila) rupa-rupanya di Perkampungan Janda Baik.. apa lagi..selepas check in di Pulau Santap Venture Chalet, kami makan petang di rumah pengantin perempuan. Makan kuih n lemang jer..nasib baik ada lemang...tgh lapar ni. Malam kami pekena sup tulang pulak.
Dalam banyak2 hal..aku kagum tgk rumah parent pengantin perempuan, classic gaya org dulu-dulu..
Awal2 pagi aku gi cari breakfast ngan abg, makan roti canai sedap giler...
nasi lemak pun ok..aku akan ingat kesedapan kuah nya sampai biler biler.
Lepas balik breakfast, tgk dah ramai berendam dalam sungai...best nyer. Tanpa buang masa anak2 ku dah syok giler nak main air pun masuk kedalam sungai.
Aku pun apa lg join sekaki..nasib baik perut aku boyot, kalau tak dah tentu aku berkubang sakan. Kwang kwang kwang...sejuk airnya. Syahmi dah menggigil pun tak nak kuar n tak nak balik. Kami antara org last kuar dari sungai. Pas tu masing2 dah lapar, apa lagi kita serbu rumah kenduri..Dalam pukul 2 ptg kami berangkat pulang.
On the way balik, sempat lagi kami singgah di Pusat Konservasi Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.Masuk percuma, tapi waktu kami sampai dah agak lewat,(kami sampai dalam pukul 5 ptg) pukul 6 ptg tempat ni di tutup so kami agak rushing. Hari pun nak hujan. Namun sempat kami saksikan pertunjukan gajah, taman herba, dan anak sungai tempat gajah mandi manda.