Tuesday, November 22, 2011

Bercuti Di Jeram Janda Baik Sempena Cuti 1 Malaysia



Asal2nya aku ikut rombongan pengantin lelaki, Irwan (member suamiku) ke majlis Kenduri Perkahwinannya di Kg Sum Sum, tak tahu  la pulak rumah si pengantin perempuan tu (Shila) rupa-rupanya di Perkampungan Janda Baik.. apa lagi..selepas check in di Pulau Santap Venture Chalet, kami makan petang di rumah pengantin perempuan. Makan kuih n lemang jer..nasib baik ada lemang...tgh lapar ni. Malam kami pekena sup tulang pulak.







Dalam banyak2 hal..aku kagum tgk rumah parent pengantin perempuan, classic gaya org dulu-dulu..

Awal2 pagi aku gi cari breakfast ngan abg, makan roti canai sedap giler...
nasi lemak pun ok..aku akan ingat kesedapan kuah nya sampai biler biler.

Lepas balik breakfast, tgk dah ramai berendam dalam sungai...best nyer. Tanpa buang masa anak2 ku dah syok giler nak main air pun masuk kedalam sungai.

Aku pun apa lg join sekaki..nasib baik perut aku boyot, kalau tak dah tentu aku berkubang sakan. Kwang kwang kwang...sejuk airnya. Syahmi dah menggigil pun tak nak kuar n tak nak balik. Kami antara org last kuar dari sungai. Pas tu masing2 dah lapar, apa lagi kita serbu rumah kenduri..Dalam pukul 2 ptg kami berangkat pulang.


On the way balik, sempat lagi kami singgah di Pusat  Konservasi Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.Masuk percuma, tapi waktu kami sampai dah agak lewat,(kami sampai dalam pukul 5 ptg) pukul 6 ptg  tempat ni di tutup so kami agak rushing. Hari pun nak hujan. Namun sempat kami saksikan pertunjukan gajah, taman herba, dan anak sungai tempat gajah mandi manda.

                                      

My Newborn Baby





My Newborn Baby-Nur Auni Batrisyia


Alhamdulillah, syukurku ke hadrat Ilahi atas kuasanya, akhirnya aku selamat melahirkan baby girl seberat 3.04 kg. Aku rasa baby yg ke-3 ini paling mudah aku lahirkan...walaupun kesakitan yg dialami seperti ibu-ibu yg lain tak dapat digambarkan. aku bernasib baik juga mendapat suami yg berani dan penyayang serta setia bersama-samaku dalam bilik bersalin, sama-sama memberi aku kekuatan dan tenaga utk proses meneran dan melahirkan, tanpa meninggalkan aku sendirian walau seminit pun..thanks suamiku. 


Pada asalnya aku direkodkan akan bersalin pada 5/11/2011. Aku benar-benar gementar menanti tarikh tersebut memandangkan rasa sakit bersalin yg tak mampu digambarkan. Tambahan pula, 6 hb tarikh di mana semua umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha.


Puas aku menanti, hinggalah tiba tarikh sehari sblm kandunganku kena induce, (sbnrnya aku takut kena induce sbb dgr citer lg sakit) kira-kira pukul 4 ptg,  aku pun ke klinik yg aku rancang utk bersalin utk menetapkan waktu dan prosedur utk induce (dah terpaksa). Dalam pukul 5 lbh , aku baru dapat jumpa Doktor. Dia ckp nak induce kena dtg pg esok, Aku pun redho jer la. Sblm balik dia check 'jalan dulu' utk baby keluar. Dr cakap jalan dah buka 4 cm dah ni, dia suruh stay takut sy bersalin bila-bila masa jer. Terperanjat aku sbb tak bersedia dr mental ngan Fizikal..so aku ambil keputusan nak balik dulu, makan etc..  Lepas maghrib jer aku dah start rasa sakit, cepat2 aku ajak husband gi klinik bersalin semula.  




 Sampai di sana, aku terus dimasukkan ke labour room, dan tak lama lebih kurang 10.49 mlm kemudian aku selamat melahirkan baby girl (spt jangkaan). 


Syukur ku apabila semuanya selamat.