Saturday, August 24, 2019

Cuti Hujung Minggu


Semalam , selepas mengurut secara tradisional di spa Nur Qaseh di Sungai Isap Jaya, terdetik rasa  bimbang di hati bila tukang urut kata rahim ada bengkak sikit bhgn kiri.

So, dalam hati mengharap tiada ketumbuhan atau penyakit lain yg ada dalam badan ni.
for  the worst , takut kena kanser.

hari ni awal-awal pagi dah breakfast dengan en suami.
Atas permintaan nya... so turutkan aja

kami ke kedai makan area cenderawasih. (depan Padang dekat masjid)
Tak Ingat la pulak nama kedai tu.

anyway not bad. menu biasa, nasi minyak, nasi lemak, lontong, pulut kuning n rendang,
nasi dagang.

Hana n Syahmi memilih makan kuih-muih, auni nasi Minyak, me pulak of course lontong n sambal telur, while abg pilih nasi Dagang

Still sakit kaki bila nak berjalan. tapi tabahkan jugak. what to do kan..
doa je la. so atas rasa nak tahu what happen, gi klinik uia n check apa yg patut.
scan is normal. so kena datang semula utk pap smear test.

monday la kut.

Program seterusnya.. suami ajak ke taman bandar sbb nampak macam meriah benar.
So di sini kami jalan 2, n berexcersize apa yg boleh. unplan visit katakan. padahal mmg malas bersenam

Nampak pulak kaunter boat keliling tasik dibuka. tak ramai org pulak tu. boleh la naik this time.
Bayaran masuk pun tak mahal, RM 2 utk kanak-kanak dan RM 4 untuk dewasa.
Selalunya ada jer keaadaan yg tak mengizinkan. hari ni Smooth n Clear la pulak. Alhamdulillah.




 



 

 




Hujan turun renyai-renyai. so kami beredar ke lokasi seterusnya. tempat yg anak2 request.
Sampai jer sana, anak2 terus masuk petrosains.
anak2 leka, ngan myself sendiri leka main puzzle. mencabar minda..i like .

lepak situ sampai petrosains tutup for lunch break. Tak puas situ, kami naik atas baca buku. keluar jab Cari makan. nak pilih tempat makan pun konflik ngan en suami. adoila.. last2 makan kat akob patin house. lauk lain dah habis, tinggal ikan patin jer. Kami kongsi jer. tapi mahal gak. rm 38 utk 3 org makan dan 5 org minum air. Auni pulak buat perangai tak nak makan. padahal dia yg beria lapar sgt td. i is malas nak layan.lagi layan lagi menjadi. so biarkan aja. Syahmi n hana makan nasi kukus Samudera.

Settle semua, balik tukar seluar sbb terkena air kencing Hana. ada ke patut terkencing atas kaki ku..
berkejar semula ke library sbb syahmi beria nak habiskan bacaanya. tak boleh nak pinjam komik di situ.

balik jer rumah semua pakat bergelimpangan tidur kepenatan. me.. sambung bacaan sirah Rasullah.
sampai tertidur juga akhirnya


malam nya, dah siap semua mandi n solat, we have dinner nasi goreng n pankek. menu cepat dan disukai. Ajar anak2 mengaji n study till 10.30pm. then i let them entertain themself. while me, sambung blogger yg jadi hobi semula sambil2 susun recipe.
as usual, kelat jer muka syahmi time kena study.

i hope for the best of my Family. nite.