Monday, October 22, 2012

BERCUTI DI HO CHI MINH, VIETNAM

Sudah lama aku tak update my blog ni..tidak berkesempatan dan masa yang ada just utk rehatkan diri..
Tapi percutian aku ke Vietnam baru-baru ni membuatkan aku terpanggil untuk menulis sesuatu di dalam blog ini sebagai kenangan, maklum la aku ni jenis pelupa orangnya...

15 hb April 2012
Hari Ahad, aku masih bekerja, memandangkan teman sekerjaku yang kena drive ke Kuala Lumpur malam ni, so aku kasi can diarang cuti dulu. Habis keja aku terus balik rumah n mandi sebelum bertolak ke KL. Ikut Rancangan kami akan bermalam di Sungai Long, Cheras. Aku tak pandai sangat jalan KL tapi adanya PAPA GO aku jadik konfiden jer..sedih gak nak tinggalkan anak n suami tersayang..

16 hb April 2012
Aku sampai KL lebih kurang pukul 2 mlm. Sampai jer tuan rumah dah sediakan makanan. Alhamdulillah, rezeki. Aku tak borak lama , pukul 3 pg aku get ready masuk tido. Save energy utk jalan ngan geng Prisma esok..Hahahaha..Awal pukul 5pg dah bangun siap nak gi airport, suami anak saudara staff yang hantarkan ke sana. Pecut giler..maklumlah janji nak berkumpul pukul 7 pg. Kami sampai 10 minit awal dr masa yg dijanjikan..ingat dah lewat tp rupanya yang terawal..hahaha blur jugak cari tempat kat dalam LCCT tu. First time katakan..gugup jugak nak naik kapal terbang ni..bukan apa selalu sangat tengok Air Crash Investigation kat Discovery Chanel Astro tu..Hmmm..tawakal je la. pukul 9.30 pg kami bertolak dr KL ke Ho Chi Minh. Mulanya tak dapat dok tepi tingkap, tapi member yang baik hati kasi can kat I yang baru first time naik kapal terbang ni dok kat tingkap. Dapatla aku lihat panorama yang terindah dari atas..Subhanallah.

Sampai sana lebih kurang jam 11 pg waktu Malaysia kami sampai. Di sana awal sejam..lebih kurang pukul 10 pg. Dah start kecoh geng Prisma bergambar.


Tuesday, November 22, 2011

Bercuti Di Jeram Janda Baik Sempena Cuti 1 Malaysia



Asal2nya aku ikut rombongan pengantin lelaki, Irwan (member suamiku) ke majlis Kenduri Perkahwinannya di Kg Sum Sum, tak tahu  la pulak rumah si pengantin perempuan tu (Shila) rupa-rupanya di Perkampungan Janda Baik.. apa lagi..selepas check in di Pulau Santap Venture Chalet, kami makan petang di rumah pengantin perempuan. Makan kuih n lemang jer..nasib baik ada lemang...tgh lapar ni. Malam kami pekena sup tulang pulak.







Dalam banyak2 hal..aku kagum tgk rumah parent pengantin perempuan, classic gaya org dulu-dulu..

Awal2 pagi aku gi cari breakfast ngan abg, makan roti canai sedap giler...
nasi lemak pun ok..aku akan ingat kesedapan kuah nya sampai biler biler.

Lepas balik breakfast, tgk dah ramai berendam dalam sungai...best nyer. Tanpa buang masa anak2 ku dah syok giler nak main air pun masuk kedalam sungai.

Aku pun apa lg join sekaki..nasib baik perut aku boyot, kalau tak dah tentu aku berkubang sakan. Kwang kwang kwang...sejuk airnya. Syahmi dah menggigil pun tak nak kuar n tak nak balik. Kami antara org last kuar dari sungai. Pas tu masing2 dah lapar, apa lagi kita serbu rumah kenduri..Dalam pukul 2 ptg kami berangkat pulang.


On the way balik, sempat lagi kami singgah di Pusat  Konservasi Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.Masuk percuma, tapi waktu kami sampai dah agak lewat,(kami sampai dalam pukul 5 ptg) pukul 6 ptg  tempat ni di tutup so kami agak rushing. Hari pun nak hujan. Namun sempat kami saksikan pertunjukan gajah, taman herba, dan anak sungai tempat gajah mandi manda.

                                      

My Newborn Baby





My Newborn Baby-Nur Auni Batrisyia


Alhamdulillah, syukurku ke hadrat Ilahi atas kuasanya, akhirnya aku selamat melahirkan baby girl seberat 3.04 kg. Aku rasa baby yg ke-3 ini paling mudah aku lahirkan...walaupun kesakitan yg dialami seperti ibu-ibu yg lain tak dapat digambarkan. aku bernasib baik juga mendapat suami yg berani dan penyayang serta setia bersama-samaku dalam bilik bersalin, sama-sama memberi aku kekuatan dan tenaga utk proses meneran dan melahirkan, tanpa meninggalkan aku sendirian walau seminit pun..thanks suamiku. 


Pada asalnya aku direkodkan akan bersalin pada 5/11/2011. Aku benar-benar gementar menanti tarikh tersebut memandangkan rasa sakit bersalin yg tak mampu digambarkan. Tambahan pula, 6 hb tarikh di mana semua umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha.


Puas aku menanti, hinggalah tiba tarikh sehari sblm kandunganku kena induce, (sbnrnya aku takut kena induce sbb dgr citer lg sakit) kira-kira pukul 4 ptg,  aku pun ke klinik yg aku rancang utk bersalin utk menetapkan waktu dan prosedur utk induce (dah terpaksa). Dalam pukul 5 lbh , aku baru dapat jumpa Doktor. Dia ckp nak induce kena dtg pg esok, Aku pun redho jer la. Sblm balik dia check 'jalan dulu' utk baby keluar. Dr cakap jalan dah buka 4 cm dah ni, dia suruh stay takut sy bersalin bila-bila masa jer. Terperanjat aku sbb tak bersedia dr mental ngan Fizikal..so aku ambil keputusan nak balik dulu, makan etc..  Lepas maghrib jer aku dah start rasa sakit, cepat2 aku ajak husband gi klinik bersalin semula.  




 Sampai di sana, aku terus dimasukkan ke labour room, dan tak lama lebih kurang 10.49 mlm kemudian aku selamat melahirkan baby girl (spt jangkaan). 


Syukur ku apabila semuanya selamat. 



Monday, January 10, 2011

I got new Friend



Today I have a course at Wisma Mais, Shah Alam, Selangor.

 I learn about doing business, managing, Islamic entrepreneur,  marketing and many more.

But one more thing i got many friends here from different state and run different type of business.








Like my house mate doing Spa business, then the others doing Catering, IT, baking, clothing, and many more.


Add caption








And this my roommate website  http://debalispa.com/
hope u all can take the benefit and  who has problem in skin care can really take this opportunity. just ask she or just leave your comment here.

I like to write more, but tomorrow i must wake early, follow the rule and timetable here. next time i write something more interesting, ok .bye

Friday, December 24, 2010

NEW STAFF

its  very long time i did not my writing in English..hope while i writing in my blog can improve a little bit my knowledge.  hope u all don't mind.

I got a new staff..i thank Allah cos at last i had one.Very shy person . Actually i really need staff for backup if my current staff sick n need MC. I didn't really care if she/he got good certificate or not. i just hope he/she just can do his/her job as well as he/she can.

 Honestly, i feel pity to my new staff cos he/she didn't know nothing, how to use calculator, how to use computer, even not doing well in cleaning job. He/she just quiet, shy and i don't know what to do.  I really feel bad about it....he/she even didn't have initiative to improve his/herself.

The Next Day...he/she didn't show up.. i get in my mind he/she just resign.

Hahahaha...What A luck..or bad luck..

I'm still searching A New Staff..but this time i need to filter a few knowledge before get hired.

Hope i can get  good new Staff..   :)

Thursday, December 23, 2010

Telekom Malaysia




Semalam..aku tak dapat nak update blog..tension sebab internet streamyx kat kedai tempat aku kerja ader problem..hampeh
Nak aku ceritakan detail sikit..hari khamis lepas aku dah buat aduan TM dail 100..dah le nak tunggu dapat org jawab bapak lambatnya, hari jumaat kontraktor TM call, kata nak datang..tunggu tak datang pun..hari sabtu tak datang jugak..ahad of course tak datang , off day kan. Hari Isnin aku tunggu lagi..tak datang jugak..geram gak sebab customer aku nak call susah..aku nak buat call/fax pun susah..internet pun tarak..sunyi ler kedai aku..sebab selalunya aku dengar radio online ..hmmm bosan.

lewat petang Isnin aku call lagi..kontraktor cakap dia akan datang esok..pastu dia cakap van rosak la, ader hal la..dia cakap org office (bahagian TM) salah bagi no telefon la..macam2 la alasan..
aku sabar jer..

hari Selasa aku tunggu lagi..takder jugak sesape yang datang..

hari rabu aku call lagi. bahagian aduan TM cakap kes aku masuk second level (urgent).bos aku kat hq dah start bising kenape lambat sangat..aku nak buat camner lagi

hari Rabu..still takder aper2 tindakan..aku tunggu lagi

Hari Khamis..aku tunggu lagi..tah sampai bila ..

esok..Jumaat aku harap yang terbaik..







Monday, December 20, 2010

Resepi Asam Pedas Penang

Saya nak kongsi dengan semua resipi turun temurun dari mak saya di kampung Kubang Semang, Pulau Pinang

Bahan- Bahan

3 ekor ikan selayang/sardin/kembung/pari yang segar
2 tangkai cili besar (merah)
1 labu bawang merah (sederhana besar)
1 tangkai bunga kantan
daun kesum dan 2 hingga 3 keping asam gelugor/keping
sedikit belacan kalau suka
tambah sayur bendi/ubi kemidi/terung jika suka

Cara-caranya 


1. tumbuk bawang bersama cili merah, belacan.
2. masukkan 2@3 cawan air ke dalam periuk/bekas memasak,
3. masukkan ikan , bahan yang ditumbuk tadi, daun kesum, bunga kantan dan asam keping..
4. rebus pada api sederhana..biarkan sebati, masukkan garam secukup rasa.
    masukkan sayur.

5. Siap untuk dihidangkan..





ini asam pedas yang saya masak ...untuk lunch hari ni..

Selamat Mencuba...semua