Wednesday, May 22, 2019

Fruit Pastry cake

Bahan Kek

125g buttercup
150g gula kastor
1 sudu teh vanilla esen
3 biji telur
125g yogurt tanpa perisa

200g tepung superfine
1/2 sudu teh baking powder

Topping

Strawberry
Blueberry
Peach dalam tin

Bahan Crumble

32g buttercup
32g castor sugar
60g superfine flour

kalau banyak sangat ÷ 2 sukatan yg lebih masuk bekas kedap udara buh chiller.

Loyang 8 inci cm biasa sapu keliling bawah alas baking paper.
suhu 160°C  30-40 minit.

Buah cuci lap keringkan gaul dengan gula kastor. kalau adunan cair confirm buah tenggelam. Tak nak crumble siap bakar taburkan snow powder

Sumber Izz Aqilah fb

Seperti yang diminta, ini dia Fruit Pastry

1 BOWL FRUIT PASTRY CAKE
#ResipiDanishHarraz

BAHAN-BAHANNYA:-

226 grams Tepung Naik Sendiri
160 grams Gula Kastor
150 grams Salted Butter, dicairkan dan biarkan sedikit sejuk
3 biji telur Gred A
100ml Buttermilk atau boleh juga guna Sour Cream (Danish guna homemade Buttermilk. Caranya Danish sudah sertakan dibawah resepi ini)
1 suduteh Vanilla Extract
Parutan Lemon Zest dari 1 biji lemon (pastikan parut kulit yg kuning sahaja, nanti pahit)
500 grams buah-buah fresh yang kurang berair atau jika guna yg dalam tin keringkan sedikit buah-buah itu sebelum digunakan, dihiris dan gaul dengan 2 sudu besar Gula Kastor.

CARA PENYEDIAANNYA:-

Preheat oven pada suhu 160°C. Gris baking tray saiz 9" dengan butter dan dialas dengan parchment paper. Jika guna bekas kecil cake akan jadi tebal, tak cantik😊

Dalam bekas, masukkan tepung naik sendiri, gula, melted butter, telur, lemon zest, buttermilk dan vanilla. Kaup balik menggunakan senduk kayu sehingga semua rata dan sebati, jangan overmix, nanti cake tak moist. Kemudian tuangkan kedalam baking tray. Rata kan permukaan adunan cake.

Akhir sekali, ambil buah yang telah dipotong dan gaul bersama gula halus dan terus susun semua buah tadi atas adunan tapi jangan ditekan ya, nanti senang tenggelam. Dah siap, masukkan dalam oven dan dibakar selama 40-50 minit, bergantung pada oven atau hingga cake masak tapi jangan terlebih bakar nanti Cake menjadi kering. Sejukkan diatas cooling rak dan sprinkle dengan gula icing sebelum dihidangkan, jika suka.

Cara menyediakan homemade buttermilk untuk cake ini: 1 sudubesar lemon jus dituang kedalam measuring cup dan tuang fresh milk hingga bancuhan cukup 100ml, dikacau rata, kemudian dibiarkan selama 5-10 minit sebelum digunakan.

NOTA PENTING: 1 Bowl Fruit Pastry Cake ini akan lagi sedap selepas semalaman. Untuk menyimpan, simpan dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik, untuk kekalkan kelembapannya. Kerana cake ini mengandungi buah-buahan terutama jika gunakan buah dalam tin, jadi ianya akan bertahan hanya lebih kurang 2 hari.

#KidBaker #1BowlFruitPastryCake #DanishsRedKitchen #1BowlFruitPastryCakeAbangDanish

No comments: