Saturday, August 17, 2019

 



Buat tatapan anak-anakku dan aku sendiri di masa depan..kenangan yang indah..kita coretkan




Bercuti 3 hari 2 malam di Salang Resort, Sang, Pulau Tioman



Sebenarnya percutian ni percutian bajet. Company tempat aku kerja bg RM 1000 untuk setiap staff jalan2 ngan family. so puas aku survey tempat yang sesuai, aku decide nak gi tioman. Mula2 nak gi Pulau Perhentian memandang aku dah gi Pulau Redang..tapi tukar plan sebab journey nak ke Besut agak jauh dan view di Pulau perhentian bagi akulah, agak2 lebih kurang sama dengan Pulau Redang yang aku gi dulu. Nak ikutnya aku nak pi bercuti 4, 5,6,7 hb..kira anak2 ponteng sekolah 2 hari la. elok2 nak booking bilik, anak aku yg sulung bawa balik kertas dari sekolah, ada 6 -9 hb exam week. adusss..nak cancel atau teruskan..last aku decide teruskan jer sbb tarikh lain x free..ada member office nak cuti panjang ..cuti kawen..alololo..




Day 1


Kami sekeluarga 5 orang bertolak dari rumah di Indera Mahkota selepas solat subuh. singgah rumah mak mertua sebab anak yang kecil Hana Saffiya kena tinggal. memang kalau boleh nak bawa..tapi susah kot, kecil lagi si Hana. Baru 10 bulan. So dengan rela walau rasa sedih tinggallah Hana ngan Mak mertua. kitaorg bertolak ke Jeti Mersing kul 7 pg. Agak lewat jugak sebenarnya so abg (panggilan utk suami) apa lagi..pecut 110-120 km/jam. Huhuhu..kecut perut aku jugak. oleh kerana letih bekerja semalam..aku sambung tido dalam keta..hihihihi


kul 9 pg aku celik mata dah sampai Mersing. Aku ajak la abg breakfast dulu sblm naik bot. lgpun kami dah booking tiket feri siap2. so no rushing2. breakfast kat gerai tepi jalan dalam bandar Mersing. time tu dah pukul 9.15 pg. beli life jaket untuk anak lelaki sulong aku jab..jenama solas..cam ok jer rm 29. makan roti canai sorang sekeping. lg 5 minit kul 10 pg kitaorg gi jeti. bayar duit parking dulu , yg betul2 sebelah jeti tu. dia charge ikut brp mlm kita stay. 1 mlm rm 18. so 2 mlm aku bayar rm 36.





*gambar copy jer..tempat parking keta berbayar sebelah jeti


*ni jeti Mersing

aku pi counter no3, jumpa mr David, ambil tiket n jelaskan baki payment aku. tiket aku booking untuk perjalanan kul 11.30 pg . semua sekali aku bayar RM 640 untuk tiket pergi balik 2 dewasa 3 kanak2, bilik 2 malam ( 2 katil queen ). ingat boleh terus tunggu feri. rupanya kat sini ada prosedur lain pulak. kena tulis nama dulu..pastu koyak tiket kat kaunter 8, pastu bayar tiket taman laut



* ni tiket feri ke Tioman













pastu beratur ambik bording pass. dah la panas kat jeti tu, (dengan org yg ramai sbb aku dtg weekend). anak aku yg 2 tahun puas dah berlari- lari kat jeti tu. kul 12.15 baru la bot sampai. alhamdulillah.


*pegi naik Bluewater 8, balik naik feri Bestari



Oleh sebab hari tu ramai orang, bot yg aku naik ni terus pegi ke salang. biasanya dia pi Genting dulu, Paya, Tekek , Air Batang kemudian Salang.



    *ni peta Tioman buat rujukan .









naik feri je..anak2 aku excited..ye lah ..ibu jarang bawak anak2 pi jalan kan. oleh kerana sejuk dalam feri tu..menambahkan mood tido aku..nak tgk kat luar pun bukannya nampak. Bangun tido ..aikk tak sampai lg ke. Jauh juga ya. Pukul 2 ptg baru sampai Salang..Here We Come.



Add caption

* permandangan yg menangkap mata bila sampai kat jeti Salang.








Dah sampai..check in dulu kat Salang Beach Resort. Pas check in terus gi cari makan kat kedai makan sebelah pasar mini salang Beach Resort. sedap gak..especially sotong celup tepung. ranggup n fresh. Licin makan...






* Ni gambar bilik yg kami dapat di Salang Beach Resort. Dua katil Queen cukup untuk keselesaan kami.



Siap makan anak2 x sabar nak main laut. apa lagi semua salin baju. Kita org sewa life jacket dengan mask dapat harga RM 15 untuk ptg tu. kami pun mandi kat depan pantai salang Sayang. Pergh..snorkling kat sini pun dah banyak coral. Mula-mula tu gabra jugak sbb dah lama x berendam..pastu..tak ingat nak balik bilik.


Pukul 6.30 ptg..kami balik ke Resort. Rehat..mlm lepas solat Isyak..sambung our journey..jalan2 keliling Salang.




* view pantai bila surut. actually pantai ni berbatu ..x sesuai mandi kat sini.







* copy gambar dr blog (maaf ya) kamera jatuh dlm air

Salang Beach Resort nun di hujung sana.





teruja tengok clear air laut..nampak ikan berenang-renang dari atas jeti





Ni Salang Complex bersebelahan dengan jeti. Breakfast pagi yang murah boleh didapati di sini.



kita sambung journey kita malam nanti ..di Tioman part 2 ya.












No comments: