Saturday, August 17, 2019

Kenangan sewaktu operation lengan Hana on lingkungan date 10/8/2014
Wednesday, May 22, 2019
Fruit Pastry cake
Bahan Kek
125g buttercup
150g gula kastor
1 sudu teh vanilla esen
3 biji telur
125g yogurt tanpa perisa
200g tepung superfine
1/2 sudu teh baking powder
Topping
Strawberry
Blueberry
Peach dalam tin
Bahan Crumble
32g buttercup
32g castor sugar
60g superfine flour
kalau banyak sangat ÷ 2 sukatan yg lebih masuk bekas kedap udara buh chiller.
Loyang 8 inci cm biasa sapu keliling bawah alas baking paper.
suhu 160°C 30-40 minit.
Buah cuci lap keringkan gaul dengan gula kastor. kalau adunan cair confirm buah tenggelam. Tak nak crumble siap bakar taburkan snow powder
Sumber Izz Aqilah fb
Seperti yang diminta, ini dia Fruit Pastry
1 BOWL FRUIT PASTRY CAKE
#ResipiDanishHarraz
BAHAN-BAHANNYA:-
226 grams Tepung Naik Sendiri
160 grams Gula Kastor
150 grams Salted Butter, dicairkan dan biarkan sedikit sejuk
3 biji telur Gred A
100ml Buttermilk atau boleh juga guna Sour Cream (Danish guna homemade Buttermilk. Caranya Danish sudah sertakan dibawah resepi ini)
1 suduteh Vanilla Extract
Parutan Lemon Zest dari 1 biji lemon (pastikan parut kulit yg kuning sahaja, nanti pahit)
500 grams buah-buah fresh yang kurang berair atau jika guna yg dalam tin keringkan sedikit buah-buah itu sebelum digunakan, dihiris dan gaul dengan 2 sudu besar Gula Kastor.
CARA PENYEDIAANNYA:-
Preheat oven pada suhu 160°C. Gris baking tray saiz 9" dengan butter dan dialas dengan parchment paper. Jika guna bekas kecil cake akan jadi tebal, tak cantik😊
Dalam bekas, masukkan tepung naik sendiri, gula, melted butter, telur, lemon zest, buttermilk dan vanilla. Kaup balik menggunakan senduk kayu sehingga semua rata dan sebati, jangan overmix, nanti cake tak moist. Kemudian tuangkan kedalam baking tray. Rata kan permukaan adunan cake.
Akhir sekali, ambil buah yang telah dipotong dan gaul bersama gula halus dan terus susun semua buah tadi atas adunan tapi jangan ditekan ya, nanti senang tenggelam. Dah siap, masukkan dalam oven dan dibakar selama 40-50 minit, bergantung pada oven atau hingga cake masak tapi jangan terlebih bakar nanti Cake menjadi kering. Sejukkan diatas cooling rak dan sprinkle dengan gula icing sebelum dihidangkan, jika suka.
Cara menyediakan homemade buttermilk untuk cake ini: 1 sudubesar lemon jus dituang kedalam measuring cup dan tuang fresh milk hingga bancuhan cukup 100ml, dikacau rata, kemudian dibiarkan selama 5-10 minit sebelum digunakan.
NOTA PENTING: 1 Bowl Fruit Pastry Cake ini akan lagi sedap selepas semalaman. Untuk menyimpan, simpan dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik, untuk kekalkan kelembapannya. Kerana cake ini mengandungi buah-buahan terutama jika gunakan buah dalam tin, jadi ianya akan bertahan hanya lebih kurang 2 hari.
#KidBaker #1BowlFruitPastryCake #DanishsRedKitchen #1BowlFruitPastryCakeAbangDanish
Thursday, November 22, 2018
TM unifi speed test
Kalau nak tgk speed internet yg kita langgan, boleh buka laman web
speedtest.tm.my
Tekan go
Result mesti dapat antara 80% dari total Mbps .
Cth di sini
Download 88.4%
Dan upload 53.3%
Dari total 100 Mbps
Monday, October 22, 2012
BERCUTI DI HO CHI MINH, VIETNAM
Tapi percutian aku ke Vietnam baru-baru ni membuatkan aku terpanggil untuk menulis sesuatu di dalam blog ini sebagai kenangan, maklum la aku ni jenis pelupa orangnya...
15 hb April 2012
Hari Ahad, aku masih bekerja, memandangkan teman sekerjaku yang kena drive ke Kuala Lumpur malam ni, so aku kasi can diarang cuti dulu. Habis keja aku terus balik rumah n mandi sebelum bertolak ke KL. Ikut Rancangan kami akan bermalam di Sungai Long, Cheras. Aku tak pandai sangat jalan KL tapi adanya PAPA GO aku jadik konfiden jer..sedih gak nak tinggalkan anak n suami tersayang..
16 hb April 2012
Aku sampai KL lebih kurang pukul 2 mlm. Sampai jer tuan rumah dah sediakan makanan. Alhamdulillah, rezeki. Aku tak borak lama , pukul 3 pg aku get ready masuk tido. Save energy utk jalan ngan geng Prisma esok..Hahahaha..Awal pukul 5pg dah bangun siap nak gi airport, suami anak saudara staff yang hantarkan ke sana. Pecut giler..maklumlah janji nak berkumpul pukul 7 pg. Kami sampai 10 minit awal dr masa yg dijanjikan..ingat dah lewat tp rupanya yang terawal..hahaha blur jugak cari tempat kat dalam LCCT tu. First time katakan..gugup jugak nak naik kapal terbang ni..bukan apa selalu sangat tengok Air Crash Investigation kat Discovery Chanel Astro tu..Hmmm..tawakal je la. pukul 9.30 pg kami bertolak dr KL ke Ho Chi Minh. Mulanya tak dapat dok tepi tingkap, tapi member yang baik hati kasi can kat I yang baru first time naik kapal terbang ni dok kat tingkap. Dapatla aku lihat panorama yang terindah dari atas..Subhanallah.
Sampai sana lebih kurang jam 11 pg waktu Malaysia kami sampai. Di sana awal sejam..lebih kurang pukul 10 pg. Dah start kecoh geng Prisma bergambar.
Tuesday, November 22, 2011
Bercuti Di Jeram Janda Baik Sempena Cuti 1 Malaysia
Asal2nya aku ikut rombongan pengantin lelaki, Irwan (member suamiku) ke majlis Kenduri Perkahwinannya di Kg Sum Sum, tak tahu la pulak rumah si pengantin perempuan tu (Shila) rupa-rupanya di Perkampungan Janda Baik.. apa lagi..selepas check in di Pulau Santap Venture Chalet, kami makan petang di rumah pengantin perempuan. Makan kuih n lemang jer..nasib baik ada lemang...tgh lapar ni. Malam kami pekena sup tulang pulak.
Dalam banyak2 hal..aku kagum tgk rumah parent pengantin perempuan, classic gaya org dulu-dulu..
Awal2 pagi aku gi cari breakfast ngan abg, makan roti canai sedap giler...
nasi lemak pun ok..aku akan ingat kesedapan kuah nya sampai biler biler.
Lepas balik breakfast, tgk dah ramai berendam dalam sungai...best nyer. Tanpa buang masa anak2 ku dah syok giler nak main air pun masuk kedalam sungai.
Aku pun apa lg join sekaki..nasib baik perut aku boyot, kalau tak dah tentu aku berkubang sakan. Kwang kwang kwang...sejuk airnya. Syahmi dah menggigil pun tak nak kuar n tak nak balik. Kami antara org last kuar dari sungai. Pas tu masing2 dah lapar, apa lagi kita serbu rumah kenduri..Dalam pukul 2 ptg kami berangkat pulang.
My Newborn Baby
Alhamdulillah, syukurku ke hadrat Ilahi atas kuasanya, akhirnya aku selamat melahirkan baby girl seberat 3.04 kg. Aku rasa baby yg ke-3 ini paling mudah aku lahirkan...walaupun kesakitan yg dialami seperti ibu-ibu yg lain tak dapat digambarkan. aku bernasib baik juga mendapat suami yg berani dan penyayang serta setia bersama-samaku dalam bilik bersalin, sama-sama memberi aku kekuatan dan tenaga utk proses meneran dan melahirkan, tanpa meninggalkan aku sendirian walau seminit pun..thanks suamiku.
Pada asalnya aku direkodkan akan bersalin pada 5/11/2011. Aku benar-benar gementar menanti tarikh tersebut memandangkan rasa sakit bersalin yg tak mampu digambarkan. Tambahan pula, 6 hb tarikh di mana semua umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha.
Puas aku menanti, hinggalah tiba tarikh sehari sblm kandunganku kena induce, (sbnrnya aku takut kena induce sbb dgr citer lg sakit) kira-kira pukul 4 ptg, aku pun ke klinik yg aku rancang utk bersalin utk menetapkan waktu dan prosedur utk induce (dah terpaksa). Dalam pukul 5 lbh , aku baru dapat jumpa Doktor. Dia ckp nak induce kena dtg pg esok, Aku pun redho jer la. Sblm balik dia check 'jalan dulu' utk baby keluar. Dr cakap jalan dah buka 4 cm dah ni, dia suruh stay takut sy bersalin bila-bila masa jer. Terperanjat aku sbb tak bersedia dr mental ngan Fizikal..so aku ambil keputusan nak balik dulu, makan etc.. Lepas maghrib jer aku dah start rasa sakit, cepat2 aku ajak husband gi klinik bersalin semula.


Sampai di sana, aku terus dimasukkan ke labour room, dan tak lama lebih kurang 10.49 mlm kemudian aku selamat melahirkan baby girl (spt jangkaan).
Syukur ku apabila semuanya selamat.





